Tuesday 8 December 2015

Masalah...

Assalamualaikum...

Saya ada masalah,
Masalah saya ialah MALAS MENG'UPDATE' BLOG...
Adoyaiii... kenapa agaknya saya malas ye,

Antara sebab musabab saya malas update blog ialah...

#Tidak pasti genre penulisan yang sesuai untuk blog [AKU KELIRU]
~ saya ni jenis simple orangnya, istilah pasarnya 'sempoi'...kalau zaman belajar dulu saya tulis blog guna bahasa pasar je, bahasa budak2, remaja, gaya penulisan pun kurang matang...sejak dah bekerjaya ni,boleh dikatakan bidang profesional jugak la...persekitaran mula berubah, kawan2 dan orang sekeliling saya terdiri daripada para ilmuwan dan profesional, jadi rasa agak canggung dan kurang sesuai sekiranya masih mengekalkan bahasa2 sempoi dlm penulisan blog...aghh..bikin kecelaruan ni...

# Kurang expert dalam bidang teknologi ICT
~ Boleh dikatakan lembam dari segi memahami bahasa-bahasa teknologi yang canggih-canggih ni..huhu, sadisnya...saya cuma tau yang basic2 je pasal ICT..setakat nak tulis blog dan nak tepek gambar sekeping dua tu reti la, tapi kalau nak bagi gambar tu cantik, bab edit-mengedit semua tu saya memang failed,, jadi rasa agak kurang keyakinan nak update blog sbb asyik fikir nanti blog ni boring sbb tuan tanah tak reti nak menghiasnya bagi cantik and canggih macam blog orang lain T_T.. Saya juga tak pandai bab2 hiperlink atau yang lain2 link tu..contoh, kebanyakan blog yang saya follow akan ada caption "boleh refer pasal ni dalam entry yang ni...." then beliau boleh letakkan tajuk entry yang lepas berserta link direct ke topik yang dimaksudkan...adoyaii..saya tak reti buat tu... nanges lagi T__________T" 

# Malas transfer gambar daripada smartphone
~ Hadoii..ni lagi satu masalah negara,,saya ni sangat la malas nak transger gambar daripada fon ke laptop. Hal ini menyumbang kepada tertangguhnya update momen2 semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Saya ni jenis ikut mood, biasanya kalau lepas je sesuatu event tu saya akan terus update benda tu masa tu jugak, kalau dah tangguh lama2, nanti akan berkepam dan hilang rasa eksaited cerita tu sbb dah lama berlalu,,medan sosial yang sering saya update gambar sudah tentulah dalam laman muka buku sebab rasa mcm senang nak akses bila2 masa sahaja. Pernah satu ketika saya bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua, masa tu banyakkkk sangat gambar sbb banyak tempat kami pergi. Dalam satu hari tu kami pergi dua tempat iaitu Bukit Bendera dan Studio 3D,, saya curi2 masa yang ada untuk update gambar2 di Bukit Bendera, kononnya rentetan ikut event tempat yang pergi,,dek kerana rushing sgt sempat update yg gi Bukit Bendera tu je, yang gambar2 kat studio 3D tu sudahnya tinggal je dlm memori fon, sebab dah tangguh lama, jadi rasa macam x best nak update cerita yang dah lepas..wuuuuu (",)

Emm..rasanya cukuplah 3 alasan kukuh yang selalu menjadi faktor kekangan saya malas mengupdate belog sendiri..haha, macam ada orang kesah....takpe la, saya listkan di sini supaya sentiasa jadi peringatan pada diri supaya cuba sedaya upaya melawan faktor-faktor kemalasan di atas..hihi

Tiada alasan untuk orang yang nak berjaya kan...padahal sendiri pun tahu itu semua hanya alasan...Hendak seribu daya,,dah ko malas, belog ko berabuk, ko sendiri yang susah hati..x dok orang nak kesah pomm...muahaahhaaa...

Ok lah, rasanya cukup lah hari ni tulis satu entry sebagai langkah memajukan diri dalam bidang blogging...sesiapa yang tersampai ke blog saya yang kosong ni, saya mohon maaf kerana mengecewakan anda,,huhu,,sila-silakanlah promotekan blog yang best untuk saya jengah2 ke sana ye..moga menjadi inspirasi nak cantikkan blog sendiri lepas ni :)

Oh ya, ada beberapa blog yang wajib saya jengah setiap kali blogwalking, mereka ni saya memang follow sejak saya belajar di universiti dulu (2006-2010)
i. kasihaleeya.blogspot.com (kak filla)
ii.inibelogsaya.blogspot.com (hanis zalikha)
iii.cikepal06.blogspot.com (cik epal)
iv.kupukupukecik.blogspot.com (yuyu zulaikha)

Manakala blog feveret saya sejak masuk alam kerjaya ni setakat ni 1 je iaitu blog aisy-nasiha.blogspot

Huhu, alangkah kecewanya perasaan ni sebab tak pandai nak buat link ke blog2 mereka ni...dah lama nak belajar tapi macam x dok sifu yg boleh ajar..saya ni pemalu orangnya...malu nak tanya benda yang bukan minat sendiri, takut susah nak faham... 



Belanja sekeping gambar kami tiga beranak :p

Ok, sekian sahaja untuk kali ini..moga ketemu lagi di lain entry, sekian, assalamualaikum (",)





1 comment:

  1. Eh.. nama blog i ada kat sinu pula.. hihi. Malula i.. tq Su, rajin baca blog akak.. blog biasa2 je pun.. moga ada kerajinan kita bersama utk update blog di tahun 2016 ni..

    ReplyDelete