Friday 18 December 2015

SHHH...RAHSIA....


Salam pertemuan semula,

Hari ini saya nak kongsi satu berita yang baru sahaja diketahui pada hari ini juga.

Memandangkan blog adalah laman diari maya, maka saya memilih dimensi ini untuk berkongsi apa yang berlaku dalam salah satu lembaran hari-hari yang dilalui.

Sementelahan pula, tidak ramai kenalan yang mengetahui kewujudan belog ini :)

Pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada sebuah sekolah dalam daerah ni juga. Tak tersangka pula permohonan pindah saya akhirnya berjaya. Saya fikir ianya telah berlalu sepi dibawa arus masa, ekoran daripada pesanan terakhir PK HEM sekolah lewat hujung-hujung musim persekolahan yang lalu. Menurut beliau permohonan pindah saya tidak diluluskan. Jadi saya telah bersiap siaga me'reset' semula pemikiran "akan pindah" kepada "tak jadi pindah". 

Then, hari ni sememangnya saya kurang bersedia menerima berita berkaitan perpindahan ini. Apa perasaan saya? Sukar digambarkan..tak tahu nak rasa gembira ke, sedih ke, kecewa ke...entahla, yang pasti saya rasa biasa-biasa saja..seolah-olah macam; "Dapat pindah? Ok la.." Hihi, se'simple' itu saja, just OK La :p

Ok lah, itu saja untuk entry ini, kalau rasa rajin sket saya tulis lagi satu kisah yang berlaku hari ni ye, saja malas nak campur aduk cerita takut nanti jadi entry panjang berjela kang orang pun jemu nak baca,,ye dokk?? Ok, sampai sini dulu..wassalam :)





Nah,kite banje sekeping eviden! 
^_^

1 comment:

  1. Kami sedih sgt Su pindah tau!!
    Moga berjaya di tempat baharu.. moga diberikan rakan2 yang baik kat sana.. moga ceria sokmo..

    ReplyDelete